?(75)? ?gre?????Sci Fi? ????? ?? ???Rating: 4.0 (85 Ratings)??836 Grabs Today. 14867 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Blue Insanity? ????? ?? ???Rating: 4.4 (208 Ratings)??833 Grabs Today. 38976 Total Grabs. ?????To add to favorites, you must be logged in.? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
Powered By Blogger

Tuesday, February 01, 2011

Don't Worry



Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk
bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang
American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang
Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara
sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit
dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya
rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.
Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun
tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang
termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia
membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american
tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir
apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap
Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya
lagi aku pun cakap lah...,
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

Abang Aku Selalu Buat



Abang aku selalu buat

Pada suatu hari, adalah dua orang rakan karib menaiki keta. Keta itu dipandu dgn lajunya...
setibanya di satu Traffic Light, kelihatan lampu traffic light berwarna Merah.
Si pemandu nie tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu merah tadi.
Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke lampu Merah tadi?!!"
Mamat menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat".

Selang beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu traffic light itu Merah.
Tanpa segan silu mamat memecut laju. Kali nie member Mamat tadi lagi bertambah cemas
gila-gila-gila babi lalu memarahi si Mamat tadi. "Lagi sekali kau buat macam tu aku nak
turun tak kira!!!!" mamat dgn selambanya menjawab "Jgn. takut abang aku selalu buat"
selang beberapa kilometer, keta nie sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara mengejut
mamat memberhentikan ketanya dgn diikuti kokokkan tayar "SKREET......".
Member mamat nie terus berkata, "Hei! mamat, kau dah gila ke? kan lampu traffic light tu Hijau"
nak tau apa yang si mamat nie jawab............ "aku takut abang aku akan lalu jalan yang satu lagi..''

Hadiah Cincin Berlian


Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."

Mat Rempit



Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak

Basikal Chealsea Vs Moto Wave


Kemalangan yg berlaku akibat merempit sesama moto mgkin mnjadi topik biasa dikalangan masyarakat kini.. tetapi kemalangan akibat blumba dgn basikal mungkin menjadi kajadian yg Pelik Bin Ajaib..
Kisah ini berlaku akibat seorang penunggang itu berlagak hebat terhadap seorang yg menunggang basikal biru yg memakai jersey chealsea.. penunggang moto ini terus berlagak sehingga budax basikal itu tak tahan dicabar.. dia berlumba dgn moto itu.. budax basikal itu mengayuh basikalnya dengan sepenuh hati.. mereka berlumba disepanjang lebuh raya blkg sklh aizek..
kemudian garisan penamat sudah dekat malangnya penunggang moto itu bertembung dengan sebuah kereta di satu persimpangan.. dia menjadi cemas dan tanpa fikir panjang dia terus menekan brek.. dia dapat mengelak ketera itu tetapi dia terjatuh kedalam semak dan motonya terseret ke tepi jalan.. dia di marahi teruk oleh pok cik naik krete tuu.. ''kamu bodoh ke ke hah? nk mati awal?!''.. penunggang basikal itu kemudian lalu di simpang itu dan memberikan satu senyuman yg lebar pd budax moto itu dan penunggang basikal itu memenangi perlumbaan itu..

Kejadian bukan rekaan.. ini betol betol.. ade tmbh skit2 nk wat crite best skit :)..watak ini sebenarnya pelajar kls 3 int 1 2011 dan berlaku pd 2010.. mse tu ak ade rmh maen game.. dgr kwn crite err..